Repositories > Water Analytical Services

Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Julai, NAHRIM, 2013


Title : Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Julai, NAHRIM, 2013
Sypnosis : Kerja-kerja persampelan dan pengambilan bacaan in-situ kualiti air tasik telah dijalankan pada 8 Julai 2013 jam 10.00 pagi dengan keadaan cuaca adalah cerah.
Price : Free
Content : Pemerhatian di lapangan mendapati air tasik masih kelihatan keruh, kehijauan dan permukaannya berkeladak memberikan indikasi awal bahawa tasik mengalami eutrofikasi. Jadual 1 menunjukkan nilai TSI berdasarkan pengukuran klorofil-a, secchi disk dan total phosphorous. Bacaan klorofil-a di semua stesen persampelan masih berada di paras yang tinggi mengesahkan tasik telah mencapai tahap eutrofik. Semua stesen persampelan merekodkan bacaan klorofil-a >21ug/L dengan bacaan maksima mencapai 34ug/L. Daripada analisis yang dijalankan, nilai TSI yang didapati adalah diantara 65-69 yang mana mengesahkan bahawa tasik dikategorikan sebagai eutrofik (rujuk jadual di Lampiran II) berdasarkan Indeks Carlson Model (1977). Eutrofik merupakan keadaan di mana tasik mengandungi kandungan nutrien yang tinggi menyebabkan kepadatan alga meningkat. Pengurangan oksigen terlarut (dissolved oxygen) boleh berlaku kerana ianya akan digunakan bagi tujuan penguraian nutrien dan alga yang mati. Implikasi jangka panjang kesan dari pengurangan oksigen ini adalah ikan dan organisma lain di dalam tasik akan mati menyebabkan keseimbangan ekosistem tasik akan terganggu. Nilai estetika tasik turut menurun dan menjejaskan pemandangan semulajadi air tasik yang jernih. Kemuncak proses eutrofikasi yang perlu dielakkan ialah apabila berlakunya ‘alga bloom’ yang melibatkan kemerosotan kualiti air dari segi fizikal, kimia dan biologi.
Prepared By : Syazrin Syima bt Sharifuddin
Geographical Location : Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Created : 11/19/2014 5:04:06 PM
Modified : 1/28/2015 1:24:33 PM