Repositories > Water Analytical Services

Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Januari, NAHRIM, 2015


Title : Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Januari, NAHRIM, 2015
Sypnosis : Kerja-kerja persampelan dan pengambilan bacaan in-situ kualiti air tasik telah dijalankan pada 5 Januari 2015, bermula jam 10.00 pagi dengan keadaan cuaca adalah cerah.
Price : Free
Content : Pemerhatian di lapangan mendapati air tasik kelihatan sedikit keruh dan terampai dengan daun kering di beberapa kawasan. Jadual 1 menunjukkan nilai TSI berdasarkan pengukuran klorofil-a, secchi disk dan total phosphorous. Bacaan klorofil-a di semua stesen persampelan berada di paras yang sederhana sehingga eutrofik. Semua stesen persampelan merekodkan bacaan klorofil-a >15ug/L dengan bacaan maksima mencapai 29.3ug/L.Daripada analisis yang dijalankan, nilai TSI yang didapati adalah diantara 65-70 yang mana menunjukkan bahawa tasik masih dikategorikan sebagai eutrofik (rujuk jadual di Lampiran II) berdasarkan Indeks Carlson Model (1977). Eutrofik merupakan keadaan di mana tasik mengandungi kandungan nutrien yang tinggi menyebabkan kepadatan alga. Pengurangan oksigen terlarut (dissolved oxygen) boleh berlaku kerana ianya akan digunakan bagi tujuan penguraian nutrien dan alga yang mati.
Prepared By : Syazrin Syima Binti Sharifuddin
Report Owner : NAHRIM
Type of Report : Assessment
Objectives : Berdasarkan analisa makmal yang dijalankan, Indeks Kualiti Air (IKA) tasik secara keseluruhannya berada pada Kelas II merujuk kepada jadual di Lampiran III dengan bacaan nilai Indeks Kualiti Air (IKA) pada semua stesen persampelan direkodkan antara 85 hingga 92. Jadual 2 di bawah menunjukkan parameter yang direkodkan bagi tujuan analisis Indeks Kualiti Air (IKA). Semua stesyen persampelan TP1-TP11 kini telah berada di Kelas II.
Geographical Location : Tasik Botani Perdana, Kuala Lumpur
Additional Info : Berdasarkan Trophic State Index (TSI) tasik dikategorikan sebagai berkeadaan eutrophy iaitu mengandungi kadar nutrien yang tinggi, pertumbuhan alga dan pengurangan kandungan oksigen terlarut. Manakala Indeks Kualiti Air (IKA-JAS) menunjukkan tasik dikategorikan sebagai kelas II iaitu bersih.
Created : 4/21/2015 8:18:08 AM
Modified : 4/21/2015 8:48:50 AM