Repositories > Water Analytical Services

Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Mac, NAHRIM, 2015


Title : Laporan Pemantauan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana Mac, NAHRIM, 2015
Sypnosis : Kerja-kerja persampelan dan pengambilan bacaan in-situ kualiti air tasik telah dijalankan pada 20 Mac 2015, bermula jam 10.00 pagi dengan keadaan cuaca adalah cerah.
Price : Free
Content : Pemerhatian di lapangan mendapati air tasik kelihatan semakin jernih walau terdapat sedikit daun kering terampai di beberapa kawasan. Bacaan klorofil-a di semua stesen persampelan berada di paras yang sederhana sehingga eutrofik. Semua stesen persampelan merekodkan bacaan klorofil-a >19.5 ug/L dengan bacaan maksima mencapai 32.0 ug/L. Daripada analisis yang dijalankan, nilai TSI yang didapati adalah diantara 67-70 yang mana menunjukkan bahawa tasik masih dikategorikan sebagai eutrofik (rujuk jadual di Lampiran II) berdasarkan Indeks Carlson Model (1977). Eutrofik merupakan keadaan di mana tasik mengandungi kandungan nutrien yang tinggi menyebabkan kepadatan alga. Pengurangan oksigen terlarut (dissolved oxygen) boleh berlaku kerana ianya akan digunakan bagi tujuan penguraian nutrien dan alga yang mati.
Prepared By : Syazrin Syima Binti Sharifuddin
Report Owner : NAHRIM
Type of Report : Assessment
Objectives : Berdasarkan analisa makmal yang dijalankan, Indeks Kualiti Air (IKA) tasik secara keseluruhannya berada pada Kelas II merujuk kepada jadual di Lampiran III dengan bacaan nilai Indeks Kualiti Air (IKA) pada semua stesen persampelan direkodkan antara 79 hingga 86. Jadual 2 di bawah menunjukkan parameter yang direkodkan bagi tujuan analisis Indeks Kualiti Air (IKA). Semua stesyen persampelan TP1-TP11 kini telah berada di Kelas II. Pada tempoh rawatan yang dijalankan oleh pihak NAHRIM sebelum ini, masalah kualiti air diatasi melalui penggunaan turbidity curtain yang mampu menapis dan menghalang sedimen yang dibawa oleh air larian permukaan dari mengalir masuk ke dalam ruang tengah tasik. Keladi bunting yang tersusun di dalam ruang turbidity curtain pula berfungsi merawat air larian permukaan tersebut melalui penyerapan nutrien manakala akar serabutnya memerangkap dan menapis sedimen tersebut.
Geographical Location : Tasik Botani Perdana, Kuala Lumpur
Additional Info : Berdasarkan Trophic State Index (TSI) tasik dikategorikan sebagai berkeadaan eutrophy iaitu mengandungi kadar nutrien yang tinggi, pertumbuhan alga dan pengurangan kandungan oksigen terlarut. Manakala Indeks Kualiti Air (IKA-JAS) menunjukkan tasik dikategorikan sebagai kelas II iaitu bersih.
Created : 4/23/2015 10:00:44 AM
Modified : 4/23/2015 10:08:44 AM